Tuesday, March 1, 2016

1st time Buat Blog sendiri

Alhamdulillah..setelah berusia 32tahun, akhirnya saya dapat hasilkan sebuah blog saya sendiri. Seronok juga dapat buat blog sendiri ni rupanya dan tidaklah sesusah mana. Namun saya sedar banyak lagi ilmu di luar sana yang masih belum dipelajari.Selama ni saya cuma membaca dari blog-blog lain sahaja. Acapkali juga keinginan untuk belajar buat blog itu datang,tapi saya tidak tahu bagaimana untuk belajar..nampak sangat saya ni dah ketinggalan zaman..sob,sob,sob Puaslah saya mencari kelas-kelas membuat blog ni di kolej komuniti yang berdekatan. Kelas di kolej Komuniti untuk buat blog bukan lah diadakan pada setiap minggu. kelas itu pula rupanya bergantung pada permintaan juga, bila dah cukup 20 orang pelajar barulah mereka akan menghubungi saya untuk buka kelas.belum tentu lagi jadual tersebut akan padan dengan jadual saya nanti. Ada juga kelas belajar buat blog online tapi saya ni bukanlah celik IT sangat,nanti kesian pula cikgu online tu..huhuhu. Jadi hari ni lah saya cuba-cubalah google cara membuat blog dan berjumpa dengan blog http://zydeeprojeksantai.blogspot.my/ dan http://www.rossaimi.com/2015/05/cara-buat-blogspot-sendiri.html maka terhasillah blog saya ini. Terima Kasih sangat atas perkongsian ilmu ini kepada semua. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Secara ringkasnya, untuk buat blog perlu ada akaun email gmail dan daftar dalam blogger.com. mudahkan?? Banyak lagi ilmu yang perlu saya dipelajari untuk buat Blog ini lebih bermanfaat dan cantik sesuai dengan nama blog ni..hihihi.oklah itu sahaja yang ingin diceritakan.Semoga sudi untuk follow blog ini dan minta tunjuk ajar dari kalian semua kerana masih baru dalam selok belok tulis blog ini.Semoga hasil tulisan ini menjadi perkongsian kepada semua



Gambar ini adalah sekadar hiasan

1 comment: